nuffnang ad

Monday, October 3, 2016

Rak Mini


Sambil layan perasaan bosan di ofis, tetiba minat masa kenit dulu kala timbul balik. Suka betul collect kotak then transform kepada bekas letak pen n macam-macam lagi. 

Kali ini nak buat rak mini. Kebetulan meja bilik tidur pun bersepah saja. Serabut la bila i tengok. 








Ini hasil lepas potong n cantum kotak kasut yang dah tak guna.

Nak tunjuk one by one leceh pula. Sekarang ini kan dunia di hujung jari.
Taip saja tutorial apa yang nak di utube nescaya keluarlah ia. keh3
Ini pun hasil berguru di utube n video yang share di FB


Kasi touch up sikit. Aku pakai gift paper saja. Nak guna fabric pun boleh.


ni sebagai kemasan. kalau di utube mostly diorang pakai mod podge. Bila pergi survey belum ada jumpa mana-mana kedai seperti Mr diy and hardware yang jual benda ni.
So, aku beli je di Lazada. Beli yang ni rm 36.50. Mod podge pula rm56. 
Function pun sama acts as glue and sealer.

Aku guna berus yang ni untuk varnish 


ni contoh sebelum n selepas di varnish. Korang akan perasan black area lepas varnish dia bright. 
aku varnish semua bahagian n make sure tunggu sampai dia betul kering. 

Semasa varnish elakkan terkena pada jari sebab susah sikit dia nak tanggal. 


Ok. Baru sejuk mataku melihatnya. Mana yang muat saja boleh letak ye. Kang ranap pulak >.<''


6 comments: