nuffnang ad

Tuesday, September 20, 2016

Karipap


Bersempena cuti hari malaysia nak jalan-jalan masuk KL malas pula. Tambah-tambah cuti macam ni boleh jadi makan jem saja. 

Berkebetulan daging qurban pula masih banyak lagi untuk kami berdua, jadi terlintas nak buat karipap inti kari daging. Rasa pun lagi sedap dari inti sardin yang aku buat sebelum ni. (depends cara masakan n taste masing ye)






 TA-daaa! ni rupa inti daging

Bahan-bahan inti : 
-daging kisar @ potong kecil (rebus dulu untuk ambil stok air)
-ubi kentang dipotong dadu (rebus biar empuk)
-3 @ 4 helai daun kari
- 2 sudu besar serbuk kari daging (campur air stok daging sikit)
- 6 ulas bawang merah @ 2 ulas bawang besar, 3 ulas bawang putih, sedikit halia (dihiris halus)
- 1/2 biji tomato (potong dadu)
- 1 @ 3 tangkai cili merah ** optional sbb nak kasi pedas sikit
- minyak utk menggoreng

Cara-cara :

- tumis semua bawang n halia yang dihiris n daun kari
- masukkan tomato n lada merah
- bila dah naik bau n nampak macam nak garing, masukkan kari yg dicampur dgn air stok daging sampai pecah minyak
- masukkan daging sekali dgn lebihan air stok tersebut dan biarkan sampai daging empuk @ sebati dengan rempah kari
- masukkan ubi kentang n kacau
- biarkan sehingga nampak kering (jangan sampai hangus pula) then siaplah inti tersebut


Bahan-bahan untuk doh karipap 

- 3 cawan tepung gandum
- marjerin @ minyak
- air + garam


Cara-cara :

cairkan marjerin n panaskan..aku letak lebih kurang 10-11 sudu marjerin utk 3 cawan gandum..guna marjerin pelangi..baunya pun wangi je..nak pakai minyak masak pun boleh

bila marjerin dah panas tuangkan terus dalam gandum..

kacau perlahan-lahan pakai tangan ye..kang tak pasal melecur pula tangan tu..kekeke..
kacau sampai berketul-ketul n sebati macam di atas

yg ni doh karipap lepas mix dgn air+garam..
air tu ambil dalam 1 cawan + garam..lepas tu, tuang slow air sambil uli dengan tangan sehingga gandum tak melekat di tangan..kalau yang aku buat ni airnya tak sampai pun 1 cawan..

Bila dah siap jadi doh, rehatkan ia dalam 15 minit sebelum canai

kita canai dulu ye sebelum masukkan inti..ni aku lapik plastik kosong tau..bawah tu baru surat khabar..nanti tak pasal doh melekat carbon pula 


 haaaaa...ini rupa lepas dah siap kelim..aku pilih yang lawa2 aje masuk gambar..
kelim sendiri je..acuan takdak..


jemput semua! maka dengan ini selamat u olls bersemadi dalam perut i...nyumm  nyummm




p/s : utk kuantiti daging n ubi kentang adjust sendiri ikut taste masing-masing..inti lebih takde masalah boleh simpan mkn dengan roti ke..inti kurang nanti x pasal kang kena buang lebihan doh..hehe

9 comments:

  1. wahhhh , sedapnya kripap . lapar pulakkk . hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. tq..nt blh try buat sambil isi masa =)

      Delete
  2. wuu rajinnya buat karipap :D
    follow sini #13
    follow back and keep in touch ebah :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. time rajin jer..kalau malas masuk dapur pon malas..heee..
      ok..follow u back=)
      tq
      slm ukhwah

      Delete
  3. Huwaa sedap ni.. Leh cuba nanti.. :)

    ReplyDelete
  4. Mantap makanannya, boleh mencicipi kah?

    ReplyDelete