nuffnang ad

Saturday, April 28, 2018

Buttermilk Chicken


My target this year nak update blog at least 2x sebulan..tapi ini kali banyak konflik walaupun dah jadi fulltime hw and 1 child..nak buat macam mana i pergi toilet pun anak is calling je memanjang😆

Ok seperti biasa aktiviti dapur tetap berjalan lagi-lagi bila nak lepaskan stress..bila mai je stress di sini lah i habiskan masa buat eksperimen kekononnya..ada yg menjadi ada yg tak..biasalah kan kan..dah nama pun eksperimen🤣

Kali ini i masak buttermilk chicken..sebab dalam freezer dah ada lauk ayam je..bedal saja

Size hidangan 2 orang saja..lebih kurang 10 ketul ayam yg dipotong kecil.




Bahan-bahan utk menumis
-1 sb butter
-1 labu bwg besar 
-3 ulas bwg putih
-1 tangkai cili besar 
-1 cwn susu segar
-2 tangkai daun kari
-1 biji tomato 

Bahan-bahan perapan ayam (10 min)
-10-12 ketul ayam dipotong kecil
-2 sb tepung gandum
-2 sb teping jagung
-1 sb rempah kari ayam adabi
-1  biji telur
-1 sb bijan
-sedikit garam
🌼Gaul kesemua bahan

Steps


Tumis bwg putih, bwg besar, lada besar dan setangkai daun kari dengan guna butter.

Bila dah nampak kuning keperangan boleh masukkan susu segar serta garam sebagai penambah rasa. Kecilkan api. Tak pun tutup dulu api then boleh goreng ayam. Lantaklah uolss nak buat mana dulu. Tapi i buat both in the same time. Sampai tak perasan kuah kering. Terpaksa la masukkan lagi susu.

Sementara itu goreng ayam yg diperap tadi😃
I goreng garing sikit bila mix dengan kuah memang tersangat moist ayam tu.
Mix ayam dengan kuah tadi dgn tomato. Masak seketika
Lastly masukkan setangkai daun kari sebagai penyeri 

Kita up gambar dulu sbg kenangan sblm habis🤣

Selamat mencuba

Adiossss🤗

P/s : nak bagi nampak tomato tp dah hampir lenyap sekali dgn kuah sbb overcook

2 comments: