nuffnang ad

Wednesday, October 31, 2012

My Only One?! Thesis..

>>>Maaf cik/tuan/puan, entry ni pnjg mcm essay pulak..hehehehe~



Kalau dulu masa tahun 3 degree, secara adatnya mesti berkalut ribut dengan tesis. Tidur x lena, makan x kenyang, last2 mandi pon x basah..Perghhh, dah macam cintan cintun ye!hehehehe..
Bila selesai semua, mulalah dalam fikiran nak juga cerita sedikit sebanyak pasal tajuk tesis daku kali ini..cehhh..mentang2lah sudah bergelar graduan menganggur, kenalah cuba refresh balik ilmu yg dah belajar..agar sentiasa terpahat di akal n lubuk hatiku..cehhh~

Oklah, tanpa membuang masa serta keringat menaip ni, mula2 sekali aku perkenalkan dulu tajuk tesis ‘Kandungan logam berat dalam liken Dirinaria picta dan jumlah zarahan terampai di kawasasan perumahan dan perindustrian Bandar Baru Bangi, Selangor’ (Baca:italic words show da scientific name 4 lichen). Amboi, tajuk! X sama padan dengan mukasurat tesis berjilid!Pening kepala aku nak adjust page biar jadi tebal sikit..huhuhu

Semasa pembikinan tesis ini, perlulah menjalani pelbagai jenis aktiviti..Antara aktiviti utama aku adalah kerjalapangan yang banyak menduga kesabaran dan kerja makmal..Kerja makmal ok sedikit sebab di situ aku x macam home alone..Sepanjang proses ini, secara autonya aku boleh tahu bagaimana kita nak negotiate dengan orang luar, cari solution, dan yg paling penting beranikan diri dan cabar diri sendiri..walau mukaku dh mcm dinding tembok cina tu







Berkisar pasal tajuk, ramai juga yg sebenarnya x tahu apa sebenarnya liken..Binatang kah?keh3..Bila aku tunjuk rupa liken yg aku kaji kt adik aku, dia ckp 'eeuiiii, gelilaaa'..hehe..maklumla kurang environmental friendly agaknye..kalau dia bc n3 ni,hbslah aku..Ringkasnya, ia merupakan organisma bersimbiosis terdiri dari fungus + algal yang tidak mempunyai sistem akar..Kalau pokok ada akar yang boleh menyerap nutrient dalam tanih tp liken ni lain sikit sebab ia serap input udara sekeliling..Oleh sebab kebolehannya serap udara sekitarannya, jadi ia menjadi spesies yang mampu mengakumulasi nutrient terutama bahan pencemar udara spt logam berat..mostly liken ni bukannya besarnya macam pokok tapi mampu utk jadi bahan penyerap sekaligus boleh jadi bioindikator pencemaran udara lagi..So, bahan pencemaran udara yang dikaji salah satunya adalah jumlah zarahan terampai..Dari sinilah dapat kita hubungkait sejauh mana perkaitan yang menunjukkan hubungan kandungan logam berat dalam liken dengan tahap pencemaran di sekitar..Namun, kajian seperti ini belum diperluaskan lagi di Malaysia..InsyaAllah,mungkin suatu masa nanti!

Perhatian daku mula tertumpu, selepas co-SV bagitahu yg liken ini sudah ada diceritakan di dalam al Quran spt berikut:

Surah Al-Baqarah ayat 57
Dan kami naungi kamu dengan awan, dan kami turunkan kepadamu "manna" dan "salwa". makanlah dari makanan yang baik-baik yang Telah kami berikan kepadamu; dan tidaklah mereka menganiaya Kami; akan tetapi merekalah yang menganiaya diri mereka sendiri.

Seterusnya, dlm surah Toha 20:80,


Hai Bani Israil, sesungguhnya Kami telah menyelamatkan kamu sekalian dari musuhmu, dan Kami telah mengadakan perjanjian dengan kamu sekalian  di sebelah kanan gunung itu dan Kami telah menurunkan kepada kamu sekalian manna dan salwa. 

Dalam tafsiran, Manna adalah sebagai suatu makanan manis, berwarna putih yang didapati melekat pada batu-batu serta daun kayu. Rasanya manis dan enak seperti madu, jika dimakan akan mudah kenyang..Selain itu, ada yg mengatakan ia spt embun manis, terdapat pd pokok..



liken manna

Owh, ghupe2nye liken 'manna' @ dari famili esculentus ni merupakan sejenis makanan pd suatu masa dulu sejak zmn nabi Musa A.S bersama kaum Bani Israil yg terkenal dgn angkuh dan tidak bersyukur pemberian Allah SWT kpd mereka..Kalau nk dibandingkan dgn kajian sekarang yg aku refer, iya, tanpa was-was mmg betul apa yg diceritakan dlm al Quran dr segi ciri, kaitan sejarahnya n etc..Selain itu, iwatake Umbilicaria esculenta yg dikatakan popular sbnrnya adalah liken @ rock mushroom..aku rs org panggil mushroom sbb kalau sebut liken iwatake mesti xnak makan..wakakaka..

jom ikuti sejarah iwatake..sori, mls nk translate~



This lichen usually grows on rocks forming dangerous cliffs, so sometimes the iwa-take hunters risk their lives. In some cases the hunter gets in a basket which is hung down from the top of the cliff, and gathers the lichen growing on the rocks, then, after the collection, he is pulled up to the top or put down to the bottom of the cliff. The occurrence of the iwa-take is very local, mostly growing in the heart of mountains. Consequently the market price is very high and the lichen is used just as a dainty in a high-class dinner.


ni iwatake yg get ready for cooking..yummy! (but never eat this)

lastly, tadaa!liken Dirinaria picta yg bertompok ijau dlm jemaah gitu..hehe


p/s : awas, pic liken yg last sekali tu not edible thing yer..kang xpasal2 masuk sepital..keh3




2 comments: